Friday, April 26, 2013

Genap la 29 tahun.

Lama xupdate blog.. Ade orang cari tak? hehehe..

Semalam 25 April 2013 genap lah I 29 tahun.. dan ini adalah tahun terakhir I meraikan ulangtahun I yang bermula no 2.  Selepas ni akan bermula dengan no 3. Terima kasih ibu melahirkan ja sehingga saat ini, sehinggu seusia ini, sehingga ja melahirkan plak Zulaikha Daaniys.  Semoga ibu dipanjangkan usia.  Dalam adik beradik I ibu i cakap I la paling lama nak tunggu waktu bersalin.  Yela anak sulung kot.. Satu malam kot tunggu. Even I ceazer I tetap rasa contraction yang ibu lalui.  Doakan anak seterusnya normal.. Amin..

Allhamdulillah, syukur nikmat dengan semua yang I ada hari ini, berkahwin, mempunyai suami dan anak.  Cuma masih belum dapat bersatu duduk sebumbung.  Jika ditanya apa yang telah I capai selama ini itu la jawapannya.  Sehingga dianugerahkan Zulaikha Daaniys. 

Apa yang ingin dicapai ialah ingin memperbaiki diri menjadi seorang wanita yang solehah.  Umi yang mithali, isteri solehah dan wanita solehah.  Terlalu banyak kekhilafan diri untuk dibaiki.  So target utama untuk memperbaiki bacaan al-quran beserta hadis dan tajwid.  In sya ALLAH sekaligus bacaan solat di pahami dan dihayati. Amin.

Kedua teringin sangat dapat duduk sebumbung dan ada rumah sendiri, decorate rumah sendiri, masak untuk suami dan anak-anak.  Tapi dah tua ni., boleh lagi ke beli rumah.. huhuhu.. Selalu berangan nak macam tu, macam ni.. Sejujurnya, dapat rumah kos rendah pun dah bersyukur.  Janji kita ada tempat berteduh dan hiasan dalaman rumah mengikut citarasa sendiri..

Ketiga, kumpul duit demi masa depan, demi anak dan paling penting niat nk pergi haji ketika masih sihat.  Pernah tanye dekat abah berapa harga umrah sekrang.  Abah cakap better kumpul duit pergi haji terus.  Even dah pergi ketika umur nak masuk 16thn.  At least dah pernah ada basic dan sedikit pengetahuan di sana.  Dulu pergi dengan arwah mak. 

Keempat membalas jasa ibu dan abah.. Yang ni serius tak tahu.  Apa yang mampu kita bagi.  Belajar tak la sampai oversee.  Tapi tetap sambung pelajaran even politeknik.  Dapat kerja.  Hanya di tempat yang orang akan kata bagus, tapi tidak la berjawatan yang boleh dibangga-banggakan..Kalau fikir rasa nk flash back.. hahahaha.. So I hanya cuba happykan diaorang masa ini.  If nak pergi jalan-jalan bawak sekali, cuba membantu untuk menyenangkan.  Ni lah salah satu I duduk dengan ibu I.  At least dia ada tempah luahan isi hati atau mengadu..

Masa sampai ofis hari smlam.  I ada kursus.  Mulanya macam malas nak pergi. Pastu macam nak pergi.. Tetiba budak ofis  pun cakap, xpayah la pergi kak.  Xpun pergi la lambat skit.  Apa hal lak budak-budak ni beriya tak kasi pergi ni. Pastu ajak breakfast macam biasa.. Ishh.. Nak maroh ni, nak maroh.. Pergi pantry makan bekal laju-laju sebab nak pergi kursus tu jugak..   Tetiba tingga lagi sesudu nak habis, diaorg bawak kek.  Lahaaiiii.. Niatnya nak suprise kan kita yang dah tua ni.. Terus tak jadi nak marohhh.. hahahahahha... Terharu plak.. dah tua-tua macam ni buat macam ni... Anyway thanks.. Saya sangat menghargai usaha semua... :) :)
ni la insan-insan tersebut.. HANA terlibat. Tapi MC plak tetiba..
Di tarikh ini juga la Aniys pandai dan tetiba flying kiss sendiri dekat umi tanpa di pegang tangan.  Biasa wan akan tolong pegangkan dan ajarkan dia.  Dia macam tau-tau je hari ni birthday umi dan dia berikan itu as hadiah.. Tq so much sayang..  I memang hari-hari dalam kete sebelum gerak nak snap pic dia.  Wat lepaskan rindu.. Camera memang dah stand by.. See.. Tapi sebab tak disangka dia dh lepaskan tangan dia dari mulut dia..  

Tq baby.. umi love u so much.. :)
Biasanya tua-tua mana dapat hadiah kan..Serius. I pun cakap dkt hubby xnk hadiah. Tapi nk mkn sedap-sedap..hahaha bajet sgt KL.. macam kuantan ade restoran macam di KL. Tapi tetiba ade sesuatu dekat tepi handbag.. hahhh.. Ni betul-betul terkejut..

HandWash
Handwash.  I dapat handwash!!!  Hahahaha.. Ini adalah sebab setiap kali i cuci tangan dekat pantry mesti I kate wanginye sabun ni..  Then budak ni ge beli barang nampak handwash ni terus teringat dekat I.  Dia pun belikan la niat nak bagi hadiah.  Dia siap cakap.. Nampak je sabun ni teringat muka akk.. Serius bau dia macam bau perfume tau.. Best sangat... So i bawak balik rumah kebetulan handwash rumah mmg dalam list barang dapur.

Terima kasih buat semua yang mengingati hari lahir diri ini dan yang mendoakan untuk diri ini..  Hanya Allah yang dapat membalasnya semua.  Pasni kita tunggu entry celebrate with my family plak..

Love u all. :)

6 comments:

  1. happy birthday you. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. laaa u lg tua dr i? serius tak nampak tua pun haha comel lote lg adala

    insyaallah semoga semua harapan dan impian tu akan tercapai. amin *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin amin ya rabbal al-lamin.. tq cha syg... hahahaha.. ye la tu cha nampak i muda.. kt gambor je kot.. luar btol nampak tua.. hihi

      Delete
    2. takla serius u nmpk muda. haha ni bkn bodek tau

      Delete
  2. u 29! i kena panggil kakak lah ni.hehehe.

    ReplyDelete