Sunday, October 27, 2013

AidilAdha 1434H-Apa yang spoiled??

Selamat Bajet 2014... 

Ini la yang paling latest kan... Punye la berabad tak update.. Tapi u ols semua, i baca tau blog korang yang setiap hari update tu tau.  Baik  tak  hati I?? hihihi.

Meh nak citer AidilAdha yang lalu.  Tahun ni AidilAdha semua di Kuantan.  Pasal Aidilfitri kan I dan DD balik umah mertua.  Then In sya ALLAH tahun depan akan terima adik ipar baru.

Memandangkan AidilAdha sangat pendek hari nya.. Tak sempat nk bergambar dengan makanan.  Tapi hari tu, wan masak pulut kuning, rendang, dan nasi impit je.  Sebelum tu mee sup tulang.  Malam plak makan besaq dekat Swan, Kuantan.  Kalau dah ramai-ramai mcm ni, kerja memang makan je 24 jam.  Habis diet I.  Diet ker??

Tapi sebelum hari raya AidilAdha, kitaorg pergi SAFARI BUKIT GAMBANG,KUANTAN.  Yang tu nanti I update ye. I tengah usahakan.  Doakan I rajin update ye.. - Bajet ada orang baca.. Glamer ke aku? hahahha

Meh kita layan apa yang spoiled???




Ini la gaya Aniys bila nak snap pic raya.. tu dah tak payah berlari2 setting timer..dah ada remote dah.  Ada banyak sangat gambar dia yg spoiled.  Satu lagi dia memang nak tido sebabnya.  Beza dengan Izara tu.. baru 4 bulan.. ikut je mama dan papa dia kan. ye lah time ni belum pandai pape lagi..

kene agah je senyum
Macam tu la aniys dulu.  Boleh rewind kembali di sini Aniys 2 bulan.  Rindu sangatttttttttttt..  Tak pe kita tengok Izara tahun depan macam mana kan.. Hihihihi. Umi harap Aniys dan Izara be good dan sopan santun sampai bila-bila bergambar.. 

tengok dengan tokbah pun sama...
Meh kita tengok yang dewasa plak macam mana.  Kebetulan dua anak solehah tu sedang beradu.. Meh la kita bergambar puas-puas dulu.  Tahun ni semua simple.  Asalnye hubby pun pakai jubah time sembahyang.  Dah balik baru salin.. I iron 7 helai baju malam raya.. Kalah aidilfitri..   pheeewwww..!!

gemok gemok gemok

gemok gemok gemok lagi
Meh kita tengok bila anak solehah kita sorang lagi dah bangun.  Ini adalah waktu yang tepat.  Sebab masih mamai-mamai lagi.  Dengan harapan dapat la 1 potrait family.

tapi tak senyum plak.

Sesaje kali ini masukkan pic yang tak duduk memolek. Ni sebagai denda sebab citer dah basi.  Dah nak masuk tahun baru dah.. (Awal Muharam), baru nak update kan.  Pakaian pun pakai yang Aidilfitri je.  Cuma Aniys kitaorg pakaikan cotton.  Sebab senang, tak panas boleh pakai hingga ke petang.  

Info yang I dapat sempena AidilAdha ni : -

Dalam tradisi masyarakat Melayu, Aidilfitri atau yang disebut Hari Raya Puasa disambut besar-besaran. Bahkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini Hari Raya Aidilfitri disambut sehingga sebulan dengan acara rumah terbuka terutamanya masyarakat Melayu di Bandar. Hal ini berbeza dengan suasana di Tanah Arab. Sambutan besar sebenarnya lebih tertumpu kepada Aidiladha atau yang disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban oleh masyarakat Melayu.

Ini berlaku kerana sambutan Aidilfitri sebenarnya hanya disambut dalam satu hari sahaja, bahkan takbir untuk Aidilfitri hanya bermula dari malam 1 Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Ini berbeza dengan Aidiladha di mana takbir bermula dari malam 10 Zulhijjah sehingga ke tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna Aidiladha disambut selama tiga hari dengan dipenuhi dengan ibadah haji dan korban.

Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Berbeza dengan sambutan Aidilfitri, Aidiladha biasanya disambut secara sederhana oleh kebanyakan masyarakat Islam di Negara kita. Ada sebahagian masyarakat Islam gagal untuk menghayati maksud sebenar disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini dan akhirnya mereka hanya menyambut Aidiladha dengan berehat di rumah dan bercuti seperti hari biasa mereka bercuti, berbeza dengan sambutan mereka ketika menyambut Aidilfitri, ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian Aidiladha yang besar itu tidak lagi wujud dalam masyarakat kita. Moga perkongsian ini memberi manfaat..... -sumber google..
 
 
 
 
 
 eh eh eh eh ... ada lagi...
 

Abaikan pic bergegar.  Macam ni la agaknya kalau dah ada dua orang anak solehah.  Pakaian mesti sama.  Ayah pegang kakak, umi pegang adik....  Tak pe..boleh practice kan... ooopsssss... hihihihihihi
 
Jumpa lagi ye.  In sya ALLAH saya akan cuba update lagi ye.. Semoga anda semua sentiasa dirahmati ALLAH SWT.