Sunday, December 29, 2013

WELCOME MY NEW ADIK IPAR

Waaaahhh rajin plak nak menghapdet blog.. Ko fikir aku nye blog cm blogger-blogger yang lain...
Tak glamor langsung okay. hahahaha

Ok ni nak citer salah satu kenapa bz.  Sebabnye membuat persiapkan majlis pertunangan adik I Amer yang diberi gelaran Pak Ndak Amer.  Dia memilih orang KL.  Asalnye merisik je.  Tapi dah wan beriye nak bawak itu dan ini siap nak bekas lawo-lawo kira cam hantaran untuk bertunang.

Ok la malas citer panjang kita tengok je terus hari kejadiaan.  Hari-hari sebelum dengan perjalanan dengan persiapan semua dipermudahkan.

tengok si aniys
Theme senang cakap blue la. Konon nak baby blue, tapi dah macam-macam blue yang ada. Hihihihi. Asal boleh. Untuk membuat baju sendondon bukan perkara mudah ye.  Tidak semua orang boleh terima je.  Ini terjadi dalam family I sendiri. Tengok je dekat pic ni.. hihihi

hantaran yang disiapkan dalam masa seminggu je

my nephew
Rajin plak budak-budak ni dok dengar orang berbincang. hihihi.  Ni sorang lagi tak de.  Sebab ada tuisyen.  Tahun depan nak SPM.

kerje budak dua beradik ni.

ini la adik ipar I- NINA NASARUDIN

dengan semua yang belah lelaki

adik beradik & mak NINA

Comel, comel comel dan comel.

boyzone - hihihi

semua nak balik dah.

Alhamdulillah.  semua berjalan dengan lancar.  In sya ALLAH majlis tahun depan bulan April 2014  Makin ramai la ahli keluarga kita.  Family diaorg pun ramai.  Mesti seronok.  Actually i rapat skit dengan amer ni.  Maklum la bulan Taurus.  Tapi apa-apa memang dia akan banyak bercerita dengan I berbanding abang dia.  Pakndak Amer ni agak pediam la.  Ada time-time dia.  Masa dia asyik dengan hp 24 jam.  Salah satu sebab kerja dia memang sentiasa orang kene col-col.  Kitaorg kalau lepak dia pun rasa serabut.. hahahahaha


Apa pun nak minta maaf pada kakak nina ni.. Sebab meraka excited nak buat birthday party kan.  Tapi kami semua dah lewat kerana masing-masing ada hal.  So sempat la bergambar jer.  Baju mereka adik beradik semua sangat cantik kan... suke tengok.. ni la untung ramai adik beradik perempuan.

Lastly tahniah buat pak ndak amer.  Semoga tabah dan sabar mengharungi ikatan pertunangan hingga ke majlis nanti.  Semoga dipermudahkan segala-galanya dan selamat mendirikan masjid awak nanti.  Jangan lupakan kitaorang dan especially Daaniys.. Hihihi.. Daaniys suka paw pakndak amer. hihihi



Semoga Allah merahmati kamu berdua.  Wassalam.. :)

Thursday, December 26, 2013

SAFARI, BUKIT GAMBANG - WILD SAVANNAH

Hai.. sorry la mungkir janji lagi..hihihihi..

I memang bukan pegawai tapi I memang bz hujung tahun.  Dicampur plak baru balik dari KL.  Menguruskan pertunangan pak ndak amer.

Meh kita nk sambung citer pas kita tengok animal show, entry yang lepas.  Sebelum kita ke Wild Savannah kita akan berjalan agak jauh la. Serius jauh. Masa ni memang dah sangat penat.  Sebab tu i suggest kene bawak stroller.

Tempat Parking Stroller
Tolong abaikan i yang gemok dari belakang ni ye... Bila naik je lori leopard tu terus rasa legaaaaa... sebab apa.. ada aircond.. Dok kerusi paling depan sebab luas dan sebenarnya niat nak menyusukan aniys. Then orang tak nampak kan.... Meh kita tengok keadaan dalam lori leopard ni.

izara pun bantai tido tu.
Macam ni la keadaan dalam lori leopard ni.  Ok kalau korang rombongan sekeluarga dah ramai, korang boleh minta family korang je naik lori leopard ni jer.  So tak de la bercampur dengan family orang lain.. Tapi kalau bercampur pun ok je.  Tidak menganggu pun sebab masing-masing bz dengan haiwan-haiwan liar ni.  Wild Savannah ni sangat ketat kawalan nye.  Nak masuk pun kene berkali-kali diaorang lalui pintu.  Itu pun ada pagar electrik.  Demi keselamatan haiwan tersebut.

mula-mula nampak badak berendam
Girrafe
 lion
Pemandu pelancong kitaorg bgtau lion ni dah tua tau. Diaorang pun melepek je.  Salah satu mebi tengah hari sebab kata pemandu pelancong waktu-waktu ni diaorg tido.  Kita manusia pun kalau tengah hari ni memang sedap tido kan.  Kedua mereka ni dari negara africa kalau tak silap la.  So mebi diaorg lom biasa dengan cuaca negara kita.  Sebab tu kurus je.  Sian juga kan haiwan-haiwan ni demi memenuhi kehendak manusia. hihihi Tetiba..

kurus kan.
zebra
sejenis kambing kot

ostrich gedik
Ostrich ni gedik tau.  Sedang molek dia dok makan..nampak kitaorg, dia tergedik-gedik datang.  Kalau korang perasan la cara dia jalan kan cam tergedik-gedik version slow.  Bila lari laju la.  Masa ni aniys dh tido tau.  Makin lama makin dekat.  Memang betul-betul dekat dengan tingkap lori leopard.  Dia ingat kita ni semua makanan kot.  Hihihi

konon nak takutkan kita la tu
duk ngap ngup lori ni..  lantak ko la..
rusa tu ngorat ostrich
yang paling orang teruja

apa tengok-tengok??
Ok tiger ni ramai la teruja tengok dan dia tengok kita.  Mebi pelik kot asal lori leopard ni besor semacam je kan.. hahahaha... Banyak lagi haiwan lain.  Lembu pun ada.  Tapi tak snap.  Dengarnye ada jugak gajah.  Tapi tak pasti naper tak di bawa.  Actually tempat ni masih baru.  Dalam 30%  baru siap.  Masih nampak pelbagai kerja dan construction diaorang nak buat.  Contohnye rumah simpan zirafah bila malam.  Tapi diaorg buka mebi sebab diaorg nak generate duit income kot kan.  At least dapat cover bayor contractor.. Ceh aku plak yang pandai-pandai.. 

So far ok lah Safari ni.  Cuma kalau datang lagi 5 tahun mebi dah canggih kot.  Lagipun kalau ada anak yang dah besar skit ok dia boleh mengenali haiwan ni depan-depan.  Cuma ada juga orang bagitau sini tak macam dengan zoo kl boleh pergi dekat-dekat kan even berpagar. 

Selepas habis round sini.  Kita dihantar semula di tempat kita naik tadi dan berjalan semula ke tempat kita masuk tadi untuk balik.  Fuhhhh .. rasanya kurang 10 kg waktu tu.  Hahahahah  Lepas tu malam mencekik cam orang kebulur.  Habis tu tak ke sama?? hahahahaha 

Sebarang rujukan lain untuk Safari, Bukit Gambang atau Bukit Gambang Waterpark boleh la layari laman web ini Bukit Gambang Resort City atau di sini.

Selamat menempuh tahun baru 2014 dari kami sekeluarga. :)

 

Tuesday, November 26, 2013

SAFARI, BUKIT GAMBANG - ANIMALS SHOW

Hari ni kan patut Wednesday Wordless.  Tapi sebab rajin.. Rasa cm lama sgt plak tak update.. Chopp ade org baca ke? hahahaha... 

Tak payah panjang-panjang la kan.. tips-tips pun dah bagi, entrance pun dah citer.  Meh kita terus masuk Animals Show di Village Arena (dekat maps ade details).  Tapi sebelum masuk Animals Show tu, kitaorang saje beli jagung dan burger.  Mahal skit dan rasa bukan yang fresh.  Beli sebab belum pukul 3:00 petang waktu time show dia.  Hahahaha.

Masuk lepak-lepak dulu.  Tempat dia agak tertutup. Cam stadium gitu.  So lebih panas jadinya.. Better bawak la kipas tangan ye..Jangan bawak kipas letrik plak.. Untuk anak-anak boleh beli kipas yg pakai bateri tu.  Even ade keburukan kipas tu..tp ade kegunaan nye juga.  

tempat show

orang tak la ramai sangat.. kertas tu digunakan tuk kipas...

ni la tempat show dia
Show tak de la makan masa lama sangat. Dalam 30-45 minit sahaja.  Show pun biasa-biasa je.  Tak de la rimau ke, gajah ke, ular sawa pun tak de.  Seperti tujuan asal kita.  Just for fun untuk toddler dan kanak-kanak.  Meh kita layan gambar-gambar show.  Kata tak nak cakap pajang-panjang.  Pic pun tak letak watermark..  hihihi

persembahan parrot

persembahan kambing ade nama saintifik dia






Ok ni kira istimewa skit... Burung ni pandai plak terbang kt situ sbb orang dia dah letak makanan pada kita.. Diaorg minta sesiapa yang sukarela untuk aksi ini.  Yang laki ni pak itam dd.  Pengalaman pakitam didi ckp..Bila burung ni cekam sampai kat tangan dia agak geli.  Ok pengalaman yang agak menarik jika anak-anak diberi peluang.  Nanti diaorang akan citer pada kawan-kawan diaorg kan..Ngeeee... 

Kucing gergasi

Ok seterusnya acara kemuncak..chewaaah... kene la korang pergi sendiri ye untuk tengok acara kemuncak dia...(sebabnye lupa ambik gambor) hihihi.. tp bila dah habis tu..dia bawak keluar semua yang buat show tadi dan kita boleh pergi takat pagar tu untuk tengok dengan lebih dekat dan jelas.  Boring dah ke?? hihihi.  Sebab jauh lagi perjalanan safari ni.. Nanti kita citer hari lain plak ye.. yang ni kene naik lori dia untuk tengok haiwan-haiwan liar.

Semoga entry pendek ni boleh dijadikan panduan untuk sesiap yang nak pergi melawat safari..  Saya ada baucer masuk safari ni dengan separuh harga sampai 31 Disember 2013 ni.  1 Baucer untuk 6 orang.  Sesiapa berminat boleh pm.  Fb ada tertera di belah kanan.

Bye kawan-kawan.





Wednesday, November 13, 2013

SAFARI, BUKIT GAMBANG - ENTRANCE

Assalamualaikum semua...

Pagi khamis ni rasa macam nk update blog je.  Rindu rasa pada blog.  Dulu je awal-awal rajin update.  Bukan tak nak update.  Tapi pc ada pun dkt opis je.  Ipad lak kene ada wifi.  Bila dah dekat ofis kene  pandai-pandai la cari masa.

Meh nak citer skit pasal Safari Bukit Gambang, Kuantan.  Ingat tak Hari Raya Aidil Adha kita pada hari selasa kan.  So ada sabtu dan ahad sebelum tu.  Kitaorg decide ahad pergi Safari Gambang.  Sebelum ni dengar cerita je dari orang yang dah pergi dari pelbagai sudut.  Tapi disebabkan dia kuantan ni kitaorg dah tau nk buat aktiviti apa.  Kitaorang gamble je la.  Bertolak pukul 1.30 tengah hari selepas Aniys dan Izara bangun tido.  Waktu masuk safari ni bermula pukul 2.00 petang ye.

Ngam-ngam sampai kitaorg dah boleh masuk.  Di sini saya sertakan tip sebelum kita ke Safari ni ye.

1) Kalau boleh datang kalau ada baucer.  Harga tiada baucer RM48.00  Harga baucer RM19.80.  Beza banyak tu..- ok I xguna baucer. phewww...

2) Untuk anak-anak bawah 6 tahun tolong la bawa stroller.  Pasal kene jalan jauh.  Nak dukung pun confirm mak pak akan penatnye...itu pun kalau budak 7 tahun pun mesti akan penat juga. -ok ni I mmg bawa.

3) Sila la bawak mineral water sendiri.  Di jamin bersih dan tak payah beli-beli kan.  Bawak la 5-6 botol untuk 1 keluarga.  Cuaca di Gambang memang agak panas.- Nasib baik pak itam dd ada banyak mineral water.

4) Better pakai kan anak baju yang tak panas. Cuaca agak panas ye. Untuk orang tua pun.  I pakai dress.  So xdela peha tu berlengais berpeluh.  Lagi bagus pakai treck suit.  Dah alang-alang berpeluh macam exercises. :)

5) Better juga makan dulu siap-siap di rumah.  Di sana makan tak boleh bawak masuk.  Boleh di beli di dalam.  Harga sedikit mahal dan saya macam terkene corn in cup yang agak dah lama.-Sib baik memang dah makan.tapi saje beli.

6) Pastikan kalau pergi jangan terlepas show.  Rugi la kan kalau masuk tapi tak tengok show.  Even show dia xde la mcm dalam circus tu.  Tapi boleh la untuk hiburkan hati anak-anak dan dedahkan mereka kepada ciptaan Allah yang ni. - Rujuk jadual di bawah.

Sunday - Thursday
Show 1st Show 2nd Show Location
Animals Show 3.00 pm Village Arena
Lost Jungle 8.00 pm Village Arena
Fire Show 9.00 pm Village Courtyard


Friday, Saturday, Malaysia School & Public Holidays
Show 1st Show 2nd Show Location
Animal Show 3.00 pm Village Arena
Lost Jungle 8.00 pm Village Arena
Fire Show 8.30 pm 9.30 pm Village Courtyard



Memula masuk.  Mebi korang tak nampak sgt daun atau ada nama saitifik dia berjuntai-juntai gitu.  Buat permulaan kitaorg rasa sangat menarik dan cantik..


Haiwan pertama jumpa parrot tu.  Nampak tak. dan di atas Simba Hill Gift Shop.  Tak tahu apa motif letak tempat gift awal.  Biasa letak last macam aquaria  KLCC tu kan.

Parrot warna merah plak.
Tak lari plak si parrot ni..  Molek je..seekor bertenggek dekat pokok, seekor dekat bawah.  Dah la tak de pagor.  Aniys cm buat cool je tengok..Dia diam je.  Tapi bila dekat-dekat dia cam takut jugak la.. Meh kita layan-layan gambar dan suasana.



I pakai dress.  Apsal nampak gemok ni... angle ni..angle..hahahaha

sejenis macam unta.  view cantik tau kalau ade dslr..

eeeyuuuwwwww

gelagat aniys tgk chipmunk

geram tengok chipmunks ni..tampo jgk kang...

Tak tahu apa nama dia..tapi dia berdidi je mcm ni. Lama juga.
sedap benor keldai ni bergolek.. mmg nampak sgt mereka suka kan habuk2 ni..

ok.. untuk animals show plak kita update entry show.  hihihihi.. cukup la dulu setakat ni.. kang panjang-panjang korg boring plak.. Jauh lagi nk jalan tgk safari ni tau.. rasa cm turun 5kg la kot..hahahahha..  Meh kita tgk pic white lion yang digembar gemburkan di safari gambang ni.



Dia tak de la white sangat macam snow white.  Tapi bulu dia cam warna cream-cream gitu.  Tapi lion ni cam malas je.. duduk je.. ada masa diaorang cakap dia jalan betul2 dekat dengan kita..  kita dihadang oleh cermin je tau.  Ada restoran dekat situ.  Untuk korang makan sambil tengok white lion ni.. More too western restorant tu.  Yang tu i tak pergi la.  Tengok la kalau duit terlebih boleh la saje-saje ge sana untuk makan western.

Ok guys jumpa lagi.. Assalamualaikum..

Sunday, October 27, 2013

AidilAdha 1434H-Apa yang spoiled??

Selamat Bajet 2014... 

Ini la yang paling latest kan... Punye la berabad tak update.. Tapi u ols semua, i baca tau blog korang yang setiap hari update tu tau.  Baik  tak  hati I?? hihihi.

Meh nak citer AidilAdha yang lalu.  Tahun ni AidilAdha semua di Kuantan.  Pasal Aidilfitri kan I dan DD balik umah mertua.  Then In sya ALLAH tahun depan akan terima adik ipar baru.

Memandangkan AidilAdha sangat pendek hari nya.. Tak sempat nk bergambar dengan makanan.  Tapi hari tu, wan masak pulut kuning, rendang, dan nasi impit je.  Sebelum tu mee sup tulang.  Malam plak makan besaq dekat Swan, Kuantan.  Kalau dah ramai-ramai mcm ni, kerja memang makan je 24 jam.  Habis diet I.  Diet ker??

Tapi sebelum hari raya AidilAdha, kitaorg pergi SAFARI BUKIT GAMBANG,KUANTAN.  Yang tu nanti I update ye. I tengah usahakan.  Doakan I rajin update ye.. - Bajet ada orang baca.. Glamer ke aku? hahahha

Meh kita layan apa yang spoiled???




Ini la gaya Aniys bila nak snap pic raya.. tu dah tak payah berlari2 setting timer..dah ada remote dah.  Ada banyak sangat gambar dia yg spoiled.  Satu lagi dia memang nak tido sebabnya.  Beza dengan Izara tu.. baru 4 bulan.. ikut je mama dan papa dia kan. ye lah time ni belum pandai pape lagi..

kene agah je senyum
Macam tu la aniys dulu.  Boleh rewind kembali di sini Aniys 2 bulan.  Rindu sangatttttttttttt..  Tak pe kita tengok Izara tahun depan macam mana kan.. Hihihihi. Umi harap Aniys dan Izara be good dan sopan santun sampai bila-bila bergambar.. 

tengok dengan tokbah pun sama...
Meh kita tengok yang dewasa plak macam mana.  Kebetulan dua anak solehah tu sedang beradu.. Meh la kita bergambar puas-puas dulu.  Tahun ni semua simple.  Asalnye hubby pun pakai jubah time sembahyang.  Dah balik baru salin.. I iron 7 helai baju malam raya.. Kalah aidilfitri..   pheeewwww..!!

gemok gemok gemok

gemok gemok gemok lagi
Meh kita tengok bila anak solehah kita sorang lagi dah bangun.  Ini adalah waktu yang tepat.  Sebab masih mamai-mamai lagi.  Dengan harapan dapat la 1 potrait family.

tapi tak senyum plak.

Sesaje kali ini masukkan pic yang tak duduk memolek. Ni sebagai denda sebab citer dah basi.  Dah nak masuk tahun baru dah.. (Awal Muharam), baru nak update kan.  Pakaian pun pakai yang Aidilfitri je.  Cuma Aniys kitaorg pakaikan cotton.  Sebab senang, tak panas boleh pakai hingga ke petang.  

Info yang I dapat sempena AidilAdha ni : -

Dalam tradisi masyarakat Melayu, Aidilfitri atau yang disebut Hari Raya Puasa disambut besar-besaran. Bahkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini Hari Raya Aidilfitri disambut sehingga sebulan dengan acara rumah terbuka terutamanya masyarakat Melayu di Bandar. Hal ini berbeza dengan suasana di Tanah Arab. Sambutan besar sebenarnya lebih tertumpu kepada Aidiladha atau yang disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban oleh masyarakat Melayu.

Ini berlaku kerana sambutan Aidilfitri sebenarnya hanya disambut dalam satu hari sahaja, bahkan takbir untuk Aidilfitri hanya bermula dari malam 1 Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Ini berbeza dengan Aidiladha di mana takbir bermula dari malam 10 Zulhijjah sehingga ke tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna Aidiladha disambut selama tiga hari dengan dipenuhi dengan ibadah haji dan korban.

Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Berbeza dengan sambutan Aidilfitri, Aidiladha biasanya disambut secara sederhana oleh kebanyakan masyarakat Islam di Negara kita. Ada sebahagian masyarakat Islam gagal untuk menghayati maksud sebenar disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini dan akhirnya mereka hanya menyambut Aidiladha dengan berehat di rumah dan bercuti seperti hari biasa mereka bercuti, berbeza dengan sambutan mereka ketika menyambut Aidilfitri, ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian Aidiladha yang besar itu tidak lagi wujud dalam masyarakat kita. Moga perkongsian ini memberi manfaat..... -sumber google..
 
 
 
 
 
 eh eh eh eh ... ada lagi...
 

Abaikan pic bergegar.  Macam ni la agaknya kalau dah ada dua orang anak solehah.  Pakaian mesti sama.  Ayah pegang kakak, umi pegang adik....  Tak pe..boleh practice kan... ooopsssss... hihihihihihi
 
Jumpa lagi ye.  In sya ALLAH saya akan cuba update lagi ye.. Semoga anda semua sentiasa dirahmati ALLAH SWT.