Tuesday, March 12, 2013

Bahan Pelajaran :)

Salam Hari Selasa.. Terasa lain bila masuk kerja hari selasa.. Ini disebabkan hari yang semua orang tak suka Isnin, I terpaksa MC.. sebab mengalami masalah perut... Alangkah indahnya hidup ini jikalau memang realitinya hari berkerja hanya la 4 hari dan cuti 3 hari.  Serius rasa tidak cukup dengan cuti yang ada. Kalau kerajaan buat mende ini sebelum mengundi agak-agak ramai tak orang pergi mengundi... hahahahaha..

Semua ibu bapa zaman sekarang mesti akan ada gadget, telefon pintar atau pun komputer riba untuk ajak anak join bersama. Tipu siapa yang tak kan tunjuk apa yang ibu bapa tu ada pada anak masing-masing.  Itu la salah satu punca I tukar telefon.  Masa tu I pregnant. I dah fikir semua tu. Tapi sebab utama ialah kami PJJ.  Tukar telefon adalah sebab untuk dapat 'facetime' hari-hari.

Masa Aniys dah pandai-pandai tengok telefon tak silap dalam 3 ke 4 bulan I selalu pasangkan ini..  



Charlie & the Numbers...

Ada semua nombor dari 1-10 dari pelbagai story.. sampai umi pun dah hafal lagu ni.  Dulu masa pandai meniarap boleh la tinggal nak solat pasangkan ini dia akan sengeh-sengeh tengok.  Sebab video ni agak lama la dalam 7 minit.Sekarang jangan harap. Dia akan ambik dan pegang sendiri. I tak bagi demi keselamatan.. Sebab ini adalah penghubung utama kami anak beranak wat masa ini..Rosak kang. Tak kepasal.. So ini dalam list download tepon ayah.


Alif Ba Ta..

Pernah sampai Aniys terlalu taksub bila huruf hamzah ya dan dia akan gelak-gelak.. Sebab bila time nk hamzah ya.. kita cm buat hammm... zahhhh yaaa... dia akan senyum dan gelak.. Sampai semua nak suruh dia senyum sebut hamm zah yaaa.


Erti Al-Fatihah..

Bila start je dengan Bismillah dia dah cari-cari lagu ini.. Mebi sebab ada budak-budak... Kalau ada je dekak TV mesti pusing-pusing tengok... Bacaan sebelum tido adalah wajib.



Sesame Street 1, 2, 3, 4 with Feist..

Ok umi pun suka sangat lagu ni sebab ada Feist.. Semua lagu original Feist pun memang umi suka..Suara serak-serak basah.. Siap nyanyi sama-sama.. Sekali tengok boleh 4 kali.. 


Twinkle-twinkle 

Ayah sangat suka pasang ini..Kalau Aniys tak dok diam dia pasangkan ni je berpusing-pusing dia cari nak tengok dan dia akan duk diam.

So far ini yg Aniys suka layan dekat hp dan ada dalam senarai yang telah didownload.  Memang kitaorg pasang baby tv dekat rumah.. Bukan nak galakan Aniys tengok tv.. Tapi ada time kita nk suruh dia dok diam.. dan ada certain yang dia akan dok diam tengok ada yang tak.. Contoh HEPA-HEPA HEY..Feberet Aniysla jgk.. Tengok la cite.. Dia lama-lama pun bosan jugak kan..

Dalam masa yang sama i dedahkan juga dengan yang boleh dia pegang, rasa, gigit, dan sebagainya...

1st book Aniys.. Tokbah bawakkan masa umur dia 2 bulan.. Standard buku ABC. So masa baring-barng dalam pantang I dah bacakan sampai sekarang..sebab dia suka buka dan nk kita bacakan satu-satu.. dan ini gelagat dia baca buku ABC...

ummpp..OK mie Aniys baca buku jap


Letih la mie.. baca sambil baring jap la..

Dia selak sendiri...

k..Habis dh mie.. letih la.. tgk tv jap.. ni adalah posing feberet.. semua keluarga perasan..dia suka posing gini..
Buku beli dkt Big Bad Wolf
Buku ni pakngah Aniys yang belikan.. Tq pakngah banjer buku.  Ok la tak banyak. So mebi dia dah ingat dia ada buku ini.. Asal dia tak dok diam je ambik buku ni bacakan.. So dia akan tarik-tarik sendiri untuk soh orang bacakan..Kalau tak buka tangan dia cm nak cuba buka.. Dah buka baru dia cm ermm.. ok.. Pernah satu malam nak tido memang i buka lampu tido je..Then dia jumpa buku tu bawah bantal dia tarik-tarik.. Rupanya dia nak suruh orang ceritakan dulu baru dia tido..Kena la bangun buka lampu. Tak kan nk baca dalam lampu tido kan..

Boleh dikatakan setiap malam mesti mcm ni.. umi dh hafal citer

Untuk pengetahuan pembaca sekalian.. I dulu masa sekolah rendah suka sangat masuk pertandingan bercerita, bersyair dan bersajak. Pernah la wakil sekolah dan jadi juara.. Melompat budak sekolah yang pergi sokong.  So i pun baca la buku tu penuh gaya macam dulu..Kalau bunyi rimau buat la bunyi rimau.Kalau bunyi gosok gigi, gaya la gosok gigi..Dan dia akan tengok je muka kita. I juga pernah reka cipta sajak.  Masa tu suka.. Sekarang tak suka..Sebab belajar bab lain. So perkataan seme dah power-power.. Memang fail la..hahahahha.

Flash Card dah katam.. dah rasa, gigit dah koyak..

Soft Book.. setiap minggu tukar untuk bawa umah BS.

So far itulah bahan Pelajaran buat Aniys.. Ok ini duniawi. Tapi janga la lupa akhirat punye.. In sya ALLAH.. setiap ibu bapa yang ada anak setiap hari mesti akan belajar sesuatu.. Ada yang dah ada 3 4 orang anak pun still belajar untuk jadikan anak dia yang terbaik.. Sebab anak-anaklah ini lah yang akan buat mende yang sama semula seperti kita buat pada mereka kelak..Harap dipermudahkan Amin...


8 comments:

  1. awak..most of the song sama dengan lagu yang erna bagi iman dengar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke... hehehe..comel kan..dh hafal dah semua lagu diaorg? hihihi

      Delete
  2. Comelnya baca buku. Serius je. Naurah pun suka baca buku.

    ReplyDelete
  3. eh i pun mc semalam sebab period pain huhu. comelnya la anisy tau. wah juara bercerita tu haha. i rasa i mcm pnh masuk gak tp ingat2 lupa haha boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke.. siannya aunty cha ni...skrg dh ok x? hahahaha.. kelakar je kalau ingat kan.. tq aunty cha sbb ckp aniys comel.. get well soon..

      Delete
  4. Replies
    1. hahahahah habis hari2 ngadap buku ni dr dulu sampai skrg ra.. pasni tunggu ayah balik baru beli buku lain..sian plak.. :)

      Delete