Friday, December 28, 2012

My Baby's First Food...

Assalamualaikum... 

Lama tak update blog.. teramat sibuk.. Hujung tahun memang I sibuk.. Ini adalah kerana I lah yang jaga Diari 2013. Cool kan..   :)

My ZD dah masuk 6 bulan.. ketika I menghitung hari dia nak masuk 6 bulan pelbagai research yang di research.. Macam-macam baca, tengok utube dan tanya orang..Oklah bak kata wan ZD.. ikut la cara I.. tapi rujukan biar la Islam dan campur la omputih yang baik-baik saje katanya.. comel kan wan..

Mula lah nak beli itu ini.. konon-konon sempat untuk semua.. sebagai seorang ibu memang nak yang terbaik untuk anaknya bukan.. Memang niat di hati nak buatkan sendiri makanan buat anak... Tetapi memandangkan keadaan, situasi dah masa yang susah untuk diterangkan.. TER bagi la juga ZD nestum.. bukan kita tak cuba yang terbaik.. tetapi sukar untuk di terangkan macam mana dan biar la saya sahaja yang faham... 

Ada la suatu hari tu, Cikda (BS's ZD) terpaksa cuti dari menjaga ZD kerana ade appointment kat hospital.. so kebetulan I dapat MC kerana mata bengkak.. so I telah berpeluang mengunakan masa yg ada dengan membuat puree apple untuk ZD... rase sangat puas hati tau.. bila kita dapat sediakan puree yang sibok-sibok orang perkatakan.. dan... sempat la simpan untuk dibekalkan kepada Cikda dan bagi ZD makan.... ZD pun macam belasah je apa kita bagi.. sbb gaya ZD macam suka makan.. pantang tengok kita makan.. tertelan-telan air liur..kesian sangat...

Puree apple..
Apple dibuang kulit dan dipotong dadu..
Apple yang di dadu di stemkan... 
(I pakai 2 periuk, yang kecik letak air, yang besar letak atas untuk stem kan) 
Bila apple lembut, masukkan dalam blender + ebm yang tak habis (dari bazir kan)
Then tapis baru cantik...

Senangkan....   



Puree Carrot

Carrot di sagat kulit..
Potong Dadu
Stemkan
Lenyek pakai tapis..

Senang jugak kan...

Nanti kita update cerita pergi Fraser Hill dan ZD yang dah boleh makan apabila travel.. :)
See u soon... 

Wassalam..

2 comments:

  1. sis nk tnya kat mn beli mangkuk ada penapis tu.. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada dkt mane2 brg baby kot.. brand annaku pun ada rasanya. saya beli dkt kuantan..pasaraya tunas manja..

      Delete