Sunday, February 3, 2013

Bubur ayam+keledek

Bermula ZD 7 bulan baru I bagi dia makan bubur nasi.  Sebelum ni biasanya buah-buahan, kismis, mashed potato dan kadang-kadang nestum.  Dengan semangatnya wan sanggup beli ayam yang baru di pasar basah.  Bukan dia pasar raya.  Wan sejak azalinya memang jarang, bukan jarang la boleh kira atau tak pernah beli ayam atau ikan di supermarket.  Mesti di pasar basah je.

Kebetulan wan pun kena masak untuk ayahsu.  Dia yang ajar cara simpan ayam setiap kali nak masak.  Jom tengok 1st step Bubur ayam ZD ni.  Resipi ni rasa macam ikut suka+google skit kot.. hahaha..

Bahan-bahanyaaaa
  1. Beras. (Lebihan beras yang diblend, sekarang dah xblend beras)
  2. Keledek manis (Acctually wan kate banyak sgt tu.. so i masukkan 4 ketul je dari gambar rajah tersebut)
  3. Sepotong dada ayam yang telah dibasuh dengan tepung.
  4. Celery
Atas dapur
Selepas beras di basuh 3 kali, I tanak dengan air penapis elken. (Kelebihan boleh google) hahahah
Masukkan keledek supaya empuk
Agak-agak2 dah mendidih macam gambar masukkan ayam.

Terliur tak??
Last sekali i masukkan celery.  Selalu kacau-kacau tau..Nanti melekat.  Agak-agak kering tambah air ye. I masak ni pakai api kecik je. Sambil-sambil bersiap pakai baju dan siapkan ape yang patut.

Then tutup dengan penutup, tutup api.  Agak-agak dalam 10 minit baru i blender.  So far I blender tak la cair macam air.  Dia jadi pekat jugak la.  Lagipun ZD belum ade gigi.  

Menyelerakan kan.... :)
I memang tak ubuh garam ye.. Ikan bilis pun tak isi.. Sebab tak sempat lagi nak pergi beli.  Ni setelah diblend terus curahkan dalam termos untuk bekalkan kepada Cikda ZD.

Senang je masak bubur baby. Sebab masukkan je sekali dalam nasi tu.  Memang proses mengukus lebih baik dari rebus.  Tapi wan cakap, "bkn ke awak masuk sekali dalam beras tu so air dia serap sekali seme bahan dalam periuk tu".  Ok.. jangan melawan.  Ikut je la.  Acctually sangat seronok siap kan makanan untuk ZD.  Esoknya bubur lebih kurang sama.  Lauk still ayam.  Cuma sayur je bertukar.  Esoknya labu, lusanya carrot, kamis brocoli, jumaat kentang.  Cuma kadang-kadang i tambahkan kurma seulas dan kismis.  Then mgu depan kita tukar lauk dia ikan.  Ikan tenggiri.  Sayur lebih kurang sama.  Cuma nak masuk 8 bulan ni, I akan buatkan breakfast lain, tengah hari lain..

Nak tau macam mana wan simpan kan ayam untuk ZD. 

Hai.. chikennn..
Isi ayam wan dah bahagi-bahagi dalam plastik untuk seminggu. Simpan dalam freeze. Biasa sebelum tido bawak kuar satu kasi lembut. Pagi besok basuh untuk di masukkan dalam bubur.  Lain org, lain caranya kan.. Tapi wan memang buat macam ni untuk dia masak.  Kecuali bila dah gaul dengan kunyit dia akan masukkan dalam tuppeware.

Jumpa lagi untuk resipi lain. Chewaah macam pandai sangat.  Tapi tak salah berkongsi kan.. Jumpa lagi next entry.

Wassalam..

7 comments:

  1. sama lah cara wan simpan ciken dengan cara akak... simpan utk stok sekali masak dlm satu tempat supaya tak payah nak keluar masuk byk kali. keluar masuk keluar masuk, rendam bagai sampai rasa ayam pun dah tawar. boleh jugak beli plastik packing utk freezer. akak simpan 3-4 ketul dalam satu plastik utk sekali masak. ikan daging pun buta camtu... senang. capai satu terus rendam.

    ReplyDelete
  2. hehe.. kan.. akk lyn sgt excited nk msk untuk ZD.. cuma kadang-kadang masa terhad then bahan dkt kuantan ni ssh nk crk.. salmon fresh xjumpa lg.. hihihi

    ReplyDelete
  3. nampak yummy bubur tu. wah cara simpan ayam tu mcm bagus je u naktirula kdg simpan sekali byk ayam melekat2 kan pastu kemain lama. nk gunanya sikit je pun

    ReplyDelete
  4. x pernah lagi erna bagi iman makan bubur letak keledek ni. boleh try :) TQ share resepi ni

    ReplyDelete
  5. jgn ckp baby, mak baby pun suka ni keledek. will try for naurah.

    ReplyDelete
  6. Salam..selera nyer tgok..bole la curik2 resipi kat sini nt bila Aisyah dah bole mkn..hihi..dah follow wan..jomla follow mengfollow =)

    ReplyDelete
  7. bila u nak update blog ni hee :D

    ReplyDelete