Thursday, January 16, 2014

Giveaway-Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my 

Selamat Pagi dan Salam Jumaat


Ini la 1st time I cuba giveaway.  Dan ini la giveaway yang paling senang. Sempena Tahun Baru Cina 2014 www.nile.com.my mengadakan giveaway yang paling best. 

Jikalau saya mendapat angpow dari Nile.com.my saya akan belanja family saya makan besar dan sambung shopping lagi di www.nile.com.my.  Mesti seronok kan kongsi kegembiraan bersama-sama.  Bertambah bahagia gitu.
www.nile.com.my adalah satu online shop yang sangat best dan yang paling syok harganya sangat-sangat berpatutan.  I pernah beli beg dan baju.  Beli hari ini esok dapat.  Cepat Pantas dan Tangkas.

So mari la kita memeriah kan giveaway ini.  Mana tau rezeki.  Boleh sambung shopping online lagi di www.nile.com.my.  Hihi.

Di sini saya sertakan juga bagaimana cara-cara anda semua ingin menyertai giveaway ni.


1.       Tajuk : Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my
2.       Letak banner yang di atas tu dalam entry  dan linkkan dalam banner tu dengan 
           link yang ini : 
3.    Lepas tu , dalam entry tu tulisla , if dapat RM300 tu, nak buat apa ?
(Contoh : Macam yang I buat.. nk belanja makan or nak shopping, or nak bayar hutang ke, nak beli hadiah, hihihi)
  
4.   Email to give_away@nile.com.my korang punya detail , bersama tajuk [Your Full Name]

a.      Blog Link :
b.      Full Name :
c.      H/p Number :
5.      Boleh check keputusan cabutan bertuah di sini : http://www.nile.com.my/page.php?cd=87


Tamat pada : 21/01/2014 pada pukul 12 pm . 

 
Selamat Mencuba semua dan semoga berjaya.
  

p/s : Pemilihan berdasarkan undian melalui 
Random.Org 



Wednesday, January 8, 2014

ZULAIKHA DAANIYS 18 BULAN

Assalamualaikum

Lama tak citer tentang Aniys.  Telalu cepat masa berlalu.  Rasa macam baru lagi kuar labour room dan stay hospital 2 hari.  Air mata tengah bertakung je ni.  Terlalu banyak pengalaman yang ditimba setelah bergelar seorang umi.  Terlalu banyak lagi perkara yang perlu belajar untuk menjadi umi yang terbaik.  Terlalu banyak kesalahan umi tanpa sedar untuk Aniys.

Last entry Aniys setahun dia dah boleh berjalan..  Ok memang kene selalu jaga-jaga pasal skrg umur dah 18bulan.  Pasal dia macam dah nk mula berlari like jalan agak laju.  Memang pernah terjatuh sbb berjalan terlalu laju.  So sekarang pantang lepas macam dia xkisah je kita ada ke x.  Main jalan je. 





Aniys juga suka memanjat, Alhamdulillah naik katil turun katil dah pandai sendiri.  Pernah dia tido kt bilik I wat keje kt dapur, tetiba dia datang.  Pas dari tu kitaorg dah tak risau untuk tinggal dia tido kalau kita nk buat kerja.  Tetapi selalu pantau la. 

feveret pot memanjat

Setelah setahun lebih rambut aniys di potong.  Memang asalnye macam rimas je tengok.  I ingat nk tunggu je panjang nanti leh je ikat sekali ke belakang.  Tapi pada suatu hari BS Aniys msg minta izin untuk potong rambut depan aniys sebab kesian asyik masuk mata.  - Ok ni kegagalan buat umi, sbb orang lain yang potongkan rambut Aniys.  Dan kuku aniys pun BS aniys yang potong kuku Aniys.  Salah satu dengan BS dia dok diam je.  Tapi bila dengan I dia lain.. Macam orang kata dengan parents anak lain skit kan. 

lepas potong rambut depan
Aniys masih menggunakan stroller even dah pandai berjalan.  Tak larat nak dukung oi.  Tak berani juga nk lepas sangat.  Kejap-kejap boleh.  Biasa pergi mall memang bawak stroller.  Aniys boleh tido dalam stroller lagi kalau dia mengantuk sangat.  Dia memang akan duduk je tengok sana sini.  Tapi..once kita dah angkat dia dan biarkan dia berjalan sendiri, dia memang tak nak duduk dah kecuali masukkan je pastu terus tolak.. Dia akan ok.  Bahaya kan..dia kecik lagi.kadang-kadang orang tak nampak dia kan.  Then dalam ramai-ramai gitu kalau hilang ke.  Biar lepas jalan di padang yang tak ramai orang.  Kalau mall kejap-kejap boleh la.

masa ni di Bukit Gambang Waterpark- Orang bising pun tak sedar
Aniys dah boleh pakai topi semula.  Pada dia pakai topi tu macam nak pergi jalan la.  So mestila dia suka kan.  Actually kita pakaikan sebab kalau panas atau ade hujan kan.  So kepala dia bertutup.  Hope nak berhijab pun senang.  Tapi dia akan pakai bila betul-betul ge jalan je.  Kalau masuk je kete dia akan buka.  Nampak x kebijaksana tu.

jap lg kete jalan dia cabut

ujan rintik-rintik
Aniys juga dah pandai kalau pergi pasaraya nak itu dan ini.  uwaaaaaaaaaaaaaaaa... pergi pasar malam pun mcm tu.  Kene ade beli pape 1 pun xpe.  Baru dia ok.  Urut dada rasa kalau dia yang ambik apa dia nak.. Kadang-kadang tukar dengan bende yang murah.  Tapi Alhamdulillah ok.  Ade sesetengah tu menangis guling-guling kan nak yang dia nak.  Harap Aniys tak macam tu la.  Kalau tak, pergi pasaraya tak bawak dia la jawabnye...

satu bende pun xbeli dari pic ni sebenarnya

Satu habit Aniys bila minum milk suka pangkung kaki eh betul ke  istilah tu. Kalau tengok tibi ke, rileks ke, baca buku ke mesti ada time dia buat macam tu.  Dulu adik i pakndak amer suka juga buat gitu.  Tokbah pun suka. 


Lagi satu pantang orang nak ge berjalan.  Pantang wan pakai tudung.  Ekut ekut.  Even umi tinggal dia xkisah.  Pernah dia ekut makngah bawak abg razin pi potong rambut.  Dia ikut je dan tak nangis.  So i expect dia boleh ikut orang lain keluar.  Kejap boleh la.  Itu pun i dah tunggu kt luar rumah naper lama sangat.  Katanya ronda-ronda, sekali ge kedai gunting rambut jap.  Susah hati umi tau.  Dan aniys suka sangat naik motor ayahnye. (Kekasih ke3).  Lagi 1, Tamiya. (Kekasih ke2)  Menyampah.



Aniys dah banyak boleh bercakapnye.  Antaranya gelaran-gelaran kami semua. Contohnya ayah, umi, wan, tokbah, pak itam, dd, (pak itam dd sebenarnya.) pak ndak, amer (pak ndak amer) sbb xreti lagi 3 suku kata kan, asyu, adik, iyis, (iris) baby ya (izara) maknyah (makngah), razin, mama, atuk, nenek, aunty dan uncle.

Aniys pandai minta milk. Maknanya nak milk. Allah, Allahakbak (Allahuakhbar),  Fish, nanana(Banana), Cat, Fawer (Flower), ekut (ikut), nanak (taknak), yak (berak), duck, kakak, abang, shoe, opi (topi), gigi, ball, ankey (monkey), tetel (turtle), dog, ayer (air), acik (nasi), bubble.

Memang ramai yang cakap aniys dah petah dan agak cepat bercakap.  Aniys sangat mudah ikut tau.  Kadang-kadang kene jaga-jaga bahasa.  Takut dia dia terikut.  Apa yang dia ikut yang tak sepatutnye 'hambik kauuu'.  pffhhhhhhh.   Ni sebab dia dengar wan cakap time wan halau lalat.  So I memang bagi amaran kepada semua supaya jaga tatabahasa dan ayat. Sabor je laaa... Sebab tu rasa macam nak hantar school je. Tapi bila tengok balik eh macam kecik lagi, macam pendek je lagi.  Hihihi. Berat 10 kg.




Panjang plak entry kali ni.  Almaklum la entry khas untuk Aniys ketika setahun.  Sekarang dah 18 bulan.  Hampir 7 bulan dah tak citer kan.  Umi doakan Aniys sentiasa sihat, bijak dan solehah dunia akhirat.