Sunday, December 29, 2013

WELCOME MY NEW ADIK IPAR

Waaaahhh rajin plak nak menghapdet blog.. Ko fikir aku nye blog cm blogger-blogger yang lain...
Tak glamor langsung okay. hahahaha

Ok ni nak citer salah satu kenapa bz.  Sebabnye membuat persiapkan majlis pertunangan adik I Amer yang diberi gelaran Pak Ndak Amer.  Dia memilih orang KL.  Asalnye merisik je.  Tapi dah wan beriye nak bawak itu dan ini siap nak bekas lawo-lawo kira cam hantaran untuk bertunang.

Ok la malas citer panjang kita tengok je terus hari kejadiaan.  Hari-hari sebelum dengan perjalanan dengan persiapan semua dipermudahkan.

tengok si aniys
Theme senang cakap blue la. Konon nak baby blue, tapi dah macam-macam blue yang ada. Hihihihi. Asal boleh. Untuk membuat baju sendondon bukan perkara mudah ye.  Tidak semua orang boleh terima je.  Ini terjadi dalam family I sendiri. Tengok je dekat pic ni.. hihihi

hantaran yang disiapkan dalam masa seminggu je

my nephew
Rajin plak budak-budak ni dok dengar orang berbincang. hihihi.  Ni sorang lagi tak de.  Sebab ada tuisyen.  Tahun depan nak SPM.

kerje budak dua beradik ni.

ini la adik ipar I- NINA NASARUDIN

dengan semua yang belah lelaki

adik beradik & mak NINA

Comel, comel comel dan comel.

boyzone - hihihi

semua nak balik dah.

Alhamdulillah.  semua berjalan dengan lancar.  In sya ALLAH majlis tahun depan bulan April 2014  Makin ramai la ahli keluarga kita.  Family diaorg pun ramai.  Mesti seronok.  Actually i rapat skit dengan amer ni.  Maklum la bulan Taurus.  Tapi apa-apa memang dia akan banyak bercerita dengan I berbanding abang dia.  Pakndak Amer ni agak pediam la.  Ada time-time dia.  Masa dia asyik dengan hp 24 jam.  Salah satu sebab kerja dia memang sentiasa orang kene col-col.  Kitaorg kalau lepak dia pun rasa serabut.. hahahahaha


Apa pun nak minta maaf pada kakak nina ni.. Sebab meraka excited nak buat birthday party kan.  Tapi kami semua dah lewat kerana masing-masing ada hal.  So sempat la bergambar jer.  Baju mereka adik beradik semua sangat cantik kan... suke tengok.. ni la untung ramai adik beradik perempuan.

Lastly tahniah buat pak ndak amer.  Semoga tabah dan sabar mengharungi ikatan pertunangan hingga ke majlis nanti.  Semoga dipermudahkan segala-galanya dan selamat mendirikan masjid awak nanti.  Jangan lupakan kitaorang dan especially Daaniys.. Hihihi.. Daaniys suka paw pakndak amer. hihihi



Semoga Allah merahmati kamu berdua.  Wassalam.. :)

Thursday, December 26, 2013

SAFARI, BUKIT GAMBANG - WILD SAVANNAH

Hai.. sorry la mungkir janji lagi..hihihihi..

I memang bukan pegawai tapi I memang bz hujung tahun.  Dicampur plak baru balik dari KL.  Menguruskan pertunangan pak ndak amer.

Meh kita nk sambung citer pas kita tengok animal show, entry yang lepas.  Sebelum kita ke Wild Savannah kita akan berjalan agak jauh la. Serius jauh. Masa ni memang dah sangat penat.  Sebab tu i suggest kene bawak stroller.

Tempat Parking Stroller
Tolong abaikan i yang gemok dari belakang ni ye... Bila naik je lori leopard tu terus rasa legaaaaa... sebab apa.. ada aircond.. Dok kerusi paling depan sebab luas dan sebenarnya niat nak menyusukan aniys. Then orang tak nampak kan.... Meh kita tengok keadaan dalam lori leopard ni.

izara pun bantai tido tu.
Macam ni la keadaan dalam lori leopard ni.  Ok kalau korang rombongan sekeluarga dah ramai, korang boleh minta family korang je naik lori leopard ni jer.  So tak de la bercampur dengan family orang lain.. Tapi kalau bercampur pun ok je.  Tidak menganggu pun sebab masing-masing bz dengan haiwan-haiwan liar ni.  Wild Savannah ni sangat ketat kawalan nye.  Nak masuk pun kene berkali-kali diaorang lalui pintu.  Itu pun ada pagar electrik.  Demi keselamatan haiwan tersebut.

mula-mula nampak badak berendam
Girrafe
 lion
Pemandu pelancong kitaorg bgtau lion ni dah tua tau. Diaorang pun melepek je.  Salah satu mebi tengah hari sebab kata pemandu pelancong waktu-waktu ni diaorg tido.  Kita manusia pun kalau tengah hari ni memang sedap tido kan.  Kedua mereka ni dari negara africa kalau tak silap la.  So mebi diaorg lom biasa dengan cuaca negara kita.  Sebab tu kurus je.  Sian juga kan haiwan-haiwan ni demi memenuhi kehendak manusia. hihihi Tetiba..

kurus kan.
zebra
sejenis kambing kot

ostrich gedik
Ostrich ni gedik tau.  Sedang molek dia dok makan..nampak kitaorg, dia tergedik-gedik datang.  Kalau korang perasan la cara dia jalan kan cam tergedik-gedik version slow.  Bila lari laju la.  Masa ni aniys dh tido tau.  Makin lama makin dekat.  Memang betul-betul dekat dengan tingkap lori leopard.  Dia ingat kita ni semua makanan kot.  Hihihi

konon nak takutkan kita la tu
duk ngap ngup lori ni..  lantak ko la..
rusa tu ngorat ostrich
yang paling orang teruja

apa tengok-tengok??
Ok tiger ni ramai la teruja tengok dan dia tengok kita.  Mebi pelik kot asal lori leopard ni besor semacam je kan.. hahahaha... Banyak lagi haiwan lain.  Lembu pun ada.  Tapi tak snap.  Dengarnye ada jugak gajah.  Tapi tak pasti naper tak di bawa.  Actually tempat ni masih baru.  Dalam 30%  baru siap.  Masih nampak pelbagai kerja dan construction diaorang nak buat.  Contohnye rumah simpan zirafah bila malam.  Tapi diaorg buka mebi sebab diaorg nak generate duit income kot kan.  At least dapat cover bayor contractor.. Ceh aku plak yang pandai-pandai.. 

So far ok lah Safari ni.  Cuma kalau datang lagi 5 tahun mebi dah canggih kot.  Lagipun kalau ada anak yang dah besar skit ok dia boleh mengenali haiwan ni depan-depan.  Cuma ada juga orang bagitau sini tak macam dengan zoo kl boleh pergi dekat-dekat kan even berpagar. 

Selepas habis round sini.  Kita dihantar semula di tempat kita naik tadi dan berjalan semula ke tempat kita masuk tadi untuk balik.  Fuhhhh .. rasanya kurang 10 kg waktu tu.  Hahahahah  Lepas tu malam mencekik cam orang kebulur.  Habis tu tak ke sama?? hahahahaha 

Sebarang rujukan lain untuk Safari, Bukit Gambang atau Bukit Gambang Waterpark boleh la layari laman web ini Bukit Gambang Resort City atau di sini.

Selamat menempuh tahun baru 2014 dari kami sekeluarga. :)