Friday, April 26, 2013

Genap la 29 tahun.

Lama xupdate blog.. Ade orang cari tak? hehehe..

Semalam 25 April 2013 genap lah I 29 tahun.. dan ini adalah tahun terakhir I meraikan ulangtahun I yang bermula no 2.  Selepas ni akan bermula dengan no 3. Terima kasih ibu melahirkan ja sehingga saat ini, sehinggu seusia ini, sehingga ja melahirkan plak Zulaikha Daaniys.  Semoga ibu dipanjangkan usia.  Dalam adik beradik I ibu i cakap I la paling lama nak tunggu waktu bersalin.  Yela anak sulung kot.. Satu malam kot tunggu. Even I ceazer I tetap rasa contraction yang ibu lalui.  Doakan anak seterusnya normal.. Amin..

Allhamdulillah, syukur nikmat dengan semua yang I ada hari ini, berkahwin, mempunyai suami dan anak.  Cuma masih belum dapat bersatu duduk sebumbung.  Jika ditanya apa yang telah I capai selama ini itu la jawapannya.  Sehingga dianugerahkan Zulaikha Daaniys. 

Apa yang ingin dicapai ialah ingin memperbaiki diri menjadi seorang wanita yang solehah.  Umi yang mithali, isteri solehah dan wanita solehah.  Terlalu banyak kekhilafan diri untuk dibaiki.  So target utama untuk memperbaiki bacaan al-quran beserta hadis dan tajwid.  In sya ALLAH sekaligus bacaan solat di pahami dan dihayati. Amin.

Kedua teringin sangat dapat duduk sebumbung dan ada rumah sendiri, decorate rumah sendiri, masak untuk suami dan anak-anak.  Tapi dah tua ni., boleh lagi ke beli rumah.. huhuhu.. Selalu berangan nak macam tu, macam ni.. Sejujurnya, dapat rumah kos rendah pun dah bersyukur.  Janji kita ada tempat berteduh dan hiasan dalaman rumah mengikut citarasa sendiri..

Ketiga, kumpul duit demi masa depan, demi anak dan paling penting niat nk pergi haji ketika masih sihat.  Pernah tanye dekat abah berapa harga umrah sekrang.  Abah cakap better kumpul duit pergi haji terus.  Even dah pergi ketika umur nak masuk 16thn.  At least dah pernah ada basic dan sedikit pengetahuan di sana.  Dulu pergi dengan arwah mak. 

Keempat membalas jasa ibu dan abah.. Yang ni serius tak tahu.  Apa yang mampu kita bagi.  Belajar tak la sampai oversee.  Tapi tetap sambung pelajaran even politeknik.  Dapat kerja.  Hanya di tempat yang orang akan kata bagus, tapi tidak la berjawatan yang boleh dibangga-banggakan..Kalau fikir rasa nk flash back.. hahahaha.. So I hanya cuba happykan diaorang masa ini.  If nak pergi jalan-jalan bawak sekali, cuba membantu untuk menyenangkan.  Ni lah salah satu I duduk dengan ibu I.  At least dia ada tempah luahan isi hati atau mengadu..

Masa sampai ofis hari smlam.  I ada kursus.  Mulanya macam malas nak pergi. Pastu macam nak pergi.. Tetiba budak ofis  pun cakap, xpayah la pergi kak.  Xpun pergi la lambat skit.  Apa hal lak budak-budak ni beriya tak kasi pergi ni. Pastu ajak breakfast macam biasa.. Ishh.. Nak maroh ni, nak maroh.. Pergi pantry makan bekal laju-laju sebab nak pergi kursus tu jugak..   Tetiba tingga lagi sesudu nak habis, diaorg bawak kek.  Lahaaiiii.. Niatnya nak suprise kan kita yang dah tua ni.. Terus tak jadi nak marohhh.. hahahahahha... Terharu plak.. dah tua-tua macam ni buat macam ni... Anyway thanks.. Saya sangat menghargai usaha semua... :) :)
ni la insan-insan tersebut.. HANA terlibat. Tapi MC plak tetiba..
Di tarikh ini juga la Aniys pandai dan tetiba flying kiss sendiri dekat umi tanpa di pegang tangan.  Biasa wan akan tolong pegangkan dan ajarkan dia.  Dia macam tau-tau je hari ni birthday umi dan dia berikan itu as hadiah.. Tq so much sayang..  I memang hari-hari dalam kete sebelum gerak nak snap pic dia.  Wat lepaskan rindu.. Camera memang dah stand by.. See.. Tapi sebab tak disangka dia dh lepaskan tangan dia dari mulut dia..  

Tq baby.. umi love u so much.. :)
Biasanya tua-tua mana dapat hadiah kan..Serius. I pun cakap dkt hubby xnk hadiah. Tapi nk mkn sedap-sedap..hahaha bajet sgt KL.. macam kuantan ade restoran macam di KL. Tapi tetiba ade sesuatu dekat tepi handbag.. hahhh.. Ni betul-betul terkejut..

HandWash
Handwash.  I dapat handwash!!!  Hahahaha.. Ini adalah sebab setiap kali i cuci tangan dekat pantry mesti I kate wanginye sabun ni..  Then budak ni ge beli barang nampak handwash ni terus teringat dekat I.  Dia pun belikan la niat nak bagi hadiah.  Dia siap cakap.. Nampak je sabun ni teringat muka akk.. Serius bau dia macam bau perfume tau.. Best sangat... So i bawak balik rumah kebetulan handwash rumah mmg dalam list barang dapur.

Terima kasih buat semua yang mengingati hari lahir diri ini dan yang mendoakan untuk diri ini..  Hanya Allah yang dapat membalasnya semua.  Pasni kita tunggu entry celebrate with my family plak..

Love u all. :)

Monday, April 15, 2013

Menu-menu Aniys.

Assalamualaikum..

Dah lama tak update kan... Citer-citer menarik dan kejadian hari-hari biasanya diuploadkan di IG.  Lebih cepat, tangkas dan bernas.. Ada plak keek skrg ni.. biasanya dalam seni gambar biasanya telah mempengaruhi cerita.. tu la sebab I agak lambat ada blog ni.. Jiwa menulis tu agak kurang..hahahahha.  I memang duduk dia bahagian penerbitan & grafik.. Tapi jiwa more kepada grafik.  Tapi lagi i xadvaced sangat..hahahahha..

Mari kita berbalik kepada topik di atas. Menu-menu aniys. Tiap-tiap malam fikir apa nak masak menu pagi esok berdasarkan apa yang ada.  I plak buat 4 days rules tu masa permulaan sebulan 6 bulan pertama. Pastu stick pada bubur.  Cuma menu bubur dalam je tukar.  Mula 8 bulan baru i start tumis menumis dan bubur nasi tak blend.. Memang Aniys tak tumbuh gigi lagi.. Tapi gusi tu gatal sokmo.. Just nak bagi dia rase textured orang kata..hihihi. Ini cara i ye..so far Alhamdulillah Aniys tak pernah cirit-birit atau sembelit.. 

Bahan-bahan yang wajib ada dalam peti ais dan paling penting yang tahan lama.. Macam dekat entry yang sebelum ini. I bukan hari-hari kene pergi beli barang basah.  Ofis jauh, then kami husband & wife PJJ.. so kalau nak kirim-kirim atau nk minta tolong beli-belikan memang tak dapat la..  Bahan-bahan sayuran tersebut carrot, zucchini, labu, potato, brocoli, lemon, sweet potato, green peas, organik oat dan pasta. (labu, potato dan brocoli ambik yang plg kecik) sebab senang untuk sekali masak. Beli dalam 2 3 ketul potato.
Bahan-bahan basah ikan tenggiri atau ayam tuk seminggu. 
Ok tengok la menu-menu di bawah. Tapi tiada resipi sebab seme bende main campak je dan sangat senang ye.. 

Oat+banana for breakfast. Pasta for lunch.

Mashed potato. Sedikit yogurt tuk gravy ka mashed potato, EBM & Bubur nasi+carrot+soft tauhu+ikan tenggiri


Sup syur mayur yang mskkan sesudu telur kuning. Bubur dan tahu. Breakfast roti bakar.
Bubur nasi+tahu+brocoli makan dengan singgang. Sarapan mashed potato

Roti bakar dan pumpkin soup

Bubur dengan sup sayur dan salmon bakar with lemon+mixed herb.

Breakfast oat+pisang. Lunch pasta+salmon+pumpkin+brocoli & sedikit cheese.

Balik-balik yang sama kan. hahaha.. Cuma sekarang ade tambah menu lain iaitu mee suah. Tapi tak sempat nak ambik gambar.  Aniys sangat suka makan mende bersup-sup.  Macam pagi ni buat mee suah sup bertumis.  Selalu tak tumis.. Pagi-pagi wan dan suap bukan main selera dia makan.  

I pernah bagi lemak labu.  Aniys muntah.  Tandanya dia macam belum bersedia dengan mende lemak-lemak.  Mebi tunggu setahun kot.  I takut dia boring je.  Balik-balik sup, balik-balik oat, balik-balik pasta.  Actually tak sabar tunggu gigi Aniys kuar sepenuhnya.  Sebab macam-macam finger food senang nak bagi.. Sekarang risau terlekat..Dah la kalau mende besar dalam mulut dia marah orang korek oiii... nangis macam orang pukul dia.. pernah dekat Soul Garden dia gigit tembikai besar sangat. Wan korek dia nangis satu restoran dengor terpaksa pujuk bawak keluar.. Bukan tak nak bagi food feeder.. Dah bagi..tapi dia campak.. Nak makan cam orang besor... accaner tu johan??

Nak resipi ke semua menu ni?? post comment kat mane yang u ols nak..nanti i reply.. Sebab senang sangat semua ni.. sampai dah lame peram.. sbb fikir banyak kali nak masukkan dalam blog ke tak.. hahahahah. 

Jumpa lagi di entry akan datang.. I nk pump susu plak ni.. :)

Assalamualaikum


Wednesday, April 10, 2013

...Wordless Wednesday...

sumber google
p/s - In Sya Allah :)

Sunday, April 7, 2013

5 April 2013 MAK KEMBALI KE RAHMATULLAH



Mak
Walaupun kehadiran ja tidak diduga
Mak tetap beri penuh kasih sayang mak

Mak
Walaupun kehadiran ja bukan dari perut mak
Mak tetap menjaga ja
Emak juga yang menjaga anak ja

Mak
Saat bergembira tidak pernah mak lupakan kami adik beradik
Jalan-jalan
Makan-makan
Mengaji
Ilmu
Dari ja kecil hingga ja melahirkan Zulaikha Daaniys..

Mak
Walaupun ja ada ibu
Tapi ja tetap sayang mak
Sayang  yang sukar di ungkapkan dengan kata-kata.

Mak
Terima kasih segalanya
Ampun Maaf segalanya
Halalkan segalanya

Tanggal 5 April 2013
Mak pergi tinggalkan kita semua
Sungguh ja tak percaya, sungguh ja tak sangka

Tetapi
Mak pergi di hari yang mulia
Mak pergi penuh dengan senyuman
Mak pergi penuh dengan ketenangan
Mak pergi dengan penuh kesenangan
Semoga mak tenang di sana
Semoga mak sentiasa dilindungi Allah SWT
Semoga mak ditempatkan di kalangan orang yang solehah.. 

Masa Family Day di Taman Negara

Mak bersama kami dan Aniys



 Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan agar banyak mengingat kematian. Beliau bersabda, yang artinya: “Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan (maut)” (HR: At-Tirmidzi, hasan menurutnya).